Objektif dan Manfaat Kursus

  • Menjadikan seorang pemandu yang berilmu, bertanggungjawab dan sabar;
  • Mengamalkan kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah;
  • Mengenal sistem dan komponen kenderaan pacuan empat roda dan kegunaannya;
  • Memahami kelebihan kenderaan pacuan empat roda dan mengaplikasikannya dalam tugasan seharian
  • Mempelajari kaedah dan teknik penjagaan kenderaan pacuan empat roda;
  • Mempelajari kaedah pemanduan kenderaan pacuan empat roda dalam suasana off-road dan on-road
  • Mempelajari kaedah dan teknik menyelamatkan kenderaan dalam suasana off-road
  • Menggunakan peralatan pemulihan kenderaan dengan cara yang selamat dan betul
  • Mengetahui dan mengguna pakai sistem gear dalam kenderaan pacuan empat roda di pelbagai rupa bentuk muka bumi
  • Mempelajari dan mempraktikkan cara yang optimum dalam pemanduan
  • Mempelajari kaedah berkomunikasi dalam pemanduan pacuan empat roda
  • Membina keyakinan diri peserta dalam pemanduan terutamanya dalam menghadapi situasi-situasi yang kritikal ketika pemanduan
  • Memperolehi kaedah dalam membuat keputusan yang betul, tepat dan selamat yang didasarkan kepada ilmu dan bukan didasarkan kepada emosi
  • Membentuk diri peserta agar sentiasa cekal, bersemangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa
  • Membina dan memupuk semangat setiakawan, saling percaya dan jujur dalam pasukan