Kursus Pengendalian Kenderaan 4×4
KURSUS PENGENDALIAN KENDERAAN 4X4
Tarikh: 10 – 11 September 2022
Tempat: Kg.Sungai Choh, Rawang, Selangor
Kursus pemanduan dan pengendalian pacuan empat roda (4×4) ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan MASSB tentang fungsi pacuan 4 roda (4×4) dan meningkatkan kemahiran mengendali kenderaan pacuan empat roda (4×4) syarikat dengan lebih berhemah dan selamat terutama dalam keadaan jalan yang tidak rata seperti kawasan yang berbukit, off-road dan cuaca hujan ketika operasi NRW dilakukan.
Kenderaan merupakan nadi kepada operasi NRW. Oleh itu peserta didedahkan dengan teknik-teknik pemanduan yang selamat secara teori dan praktikal dalam mengendalikan kenderaan pacuan empat roda (4×4) secara off-road atau on-road. Disamping itu peserta juga dapat mempelajari teknik-teknik pemulihan kenderaan, penyediaan dan pemeriksaan kenderaan pacuan empat roda.
Objektif dan Manfaat Kursus
- Menjadikan seorang pemandu yang berilmu, bertanggungjawab dan sabar;
- Mengamalkan kaedah pemanduan yang selamat dan berhemah;
- Mengenal sistem dan komponen kenderaan pacuan empat roda dan kegunaannya;
- Memahami kelebihan kenderaan pacuan empat roda dan mengaplikasikannya dalam tugasan seharian
- Mempelajari kaedah dan teknik penjagaan kenderaan pacuan empat roda;
- Mempelajari kaedah pemanduan kenderaan pacuan empat roda dalam suasana off-road dan on-road
- Mempelajari kaedah dan teknik menyelamatkan kenderaan dalam suasana off-road
- Menggunakan peralatan pemulihan kenderaan dengan cara yang selamat dan betul
- Mengetahui dan mengguna pakai sistem gear dalam kenderaan pacuan empat roda di pelbagai rupa bentuk muka bumi
- Mempelajari dan mempraktikkan cara yang optimum dalam pemanduan
- Mempelajari kaedah berkomunikasi dalam pemanduan pacuan empat roda
- Membina keyakinan diri peserta dalam pemanduan terutamanya dalam menghadapi situasi-situasi yang kritikal ketika pemanduan
- Memperolehi kaedah dalam membuat keputusan yang betul, tepat dan selamat yang didasarkan kepada ilmu dan bukan didasarkan kepada emosi
- Membentuk diri peserta agar sentiasa cekal, bersemangat juang yang tinggi dan tidak mudah putus asa
- Membina dan memupuk semangat setiakawan, saling percaya dan jujur dalam pasukan