MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2023



Date

15TH MAY 2023


Venue

Villa Chinta Zara




Majlis diserikan dengan kehadiran pengerusi MASSB Datuk Hang Tuah bin Din@Mohamed Din dan ahli lembaga pengarah Tn.Haji Rosenijan bin Jalil, YB Cheah Pou Hian, En. Mohamad Maharani bin Md Tasi, Ketua Pegawai Eksekutif MASSB En.Azizul Hazry bin Abd Aziz, dif-dif jemputan dan tetamu yang hadir.
Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2023 ini dimulakan dengan ucapan daripada CEO sebagai pembuka majlis dan doa dibacakan oleh En.Shahir bin Yahya. Majlis yang meriah ini dikendalikan oleh saudara Khalyd dan saudara Aiman selaku pengacara majlis dan berjalan lancar dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah dan persembahan nyanyian. Majlis nan berlangsung selama 2 jam bermula dari 11:30 pagi hingga 2.30 petang berakhir dengan sesi bergambar beramai ramai. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan dan dapat berjumpa lagi hingga ke tahun hadapan.